31 May 2011

Kain Tersepit

Sorang husband baru balik dari outstation dgn mata lebam kiri dan kanan.. Bila bini dia tanya,
katanya… masa kat escalator airport, sorang awek cun berskirt didepan dia. Elok je depan mata dia, skirt awek tu tersepit gak kat celah ponggong dia, so.., dengan baik atinya, dia tarik le…. so, awek tu bengang, terus tumbok dia…

“Debuk” lebam nombo 1 kat mata kanan. Dalam ati dia kata… ‘mungkin awek ni marah sbab aku tarik kain dia tadi’…so, dia pun tolak le balik kain tu masuk… dan seterusnya “debuk” untuk lebam ke2 di mata kiri…

Kesian… kan? dan lepas husband ni abis bercerita, idung dia plak berdarah dan patah kerana ditumbok oleh bini dia sebab baru tau laki dia menggatal…


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Cerita Lawak Menantu Bill Gates

Lawak Menantu Bill Gates

Bapa: Ayah mahu kahwinkan awak dengan gadis pilihan ayah
Anak: Tapi ayah.. saya sudah ada pilihan saya sendiri
Bapa: Tapi gadis ni anak Bill Gates
Anak: ooO kalau camtu oklah.!

Kemudian bapanya berjumpa Bill gates
Bapa: Saya ada calon suami untuk anak gadis anda
Bill Gates: Tapi anak gadis saya terlalu muda untuk berkahwin
Bapa: Tapi anak muda ni bakal Vice president Bank Dunia
Bill Gates: oo kalau camtu oklah!

Akhirnya Bapa pemuda tersebut berjumpa dengan Presiden Bank Dunia
Bapa: Saya ada calon untuk Vice President Bank Dunia
Presiden Bank Dunia: Tapi saya sudah ada calon untuk Vice President
Bapa: Tapi calon saya ni adalah menantu Bill Gates
Presiden Bank Dunia: oo kalau camtu oklah!

Hoho, This is how business is done..!!



Searches related: cerita humor, cerita lucu, cerita lucu pendek, cerita lawak, cerita lawak jenaka, cerita kelakar, cerita lawak pendek, cerita lawak bodoh, cerita lawak giler, cerita lawak spontan, cerita lawak giler, funny jokes, himpunan cerita lawak, lawak pendek, lawak jenaka, lawak jenaka lucu, lawak indonesia, lawak malaysia, lawak lucu, kisah lawak jenaka, kisah lucu, koleksi cerita lawak

Cerita Lawak ceritalawakje.blogspot.com

Cerita Lawak Jalan Bukit Bintang

Had Laju Jalan Bukit Bintang


Seorang polis duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju, seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22km/j sahaja.
Maka Polis trafik pun berfikir ” Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain”

Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita – dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang – mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat.

Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya "Apa kesalahan saya tuan? saya tidak melebihi had laju.. kenapa ditahan?”

“Makcik” polis trafik menjelaskan "makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain”

“lambat dari had laju ?” wanita itu merasa hairan.

“Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda ..[JALAN AMPANG 22]!” bantah wanita itu dengan marah.

Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu, wanita itu mengucapkan timah kasih atas penjelasan itu.

"Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan… adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat” polis trafik itu bertanya kehairanan

“Oh… jangan bimbang, mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309].”


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Dapat Markah 100%



“Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah,”kata Mia kpd mamanya.
“Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Subjek apa yang kamu dapat markah 100%?” Tanya ibunya. “Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%.



Hahaa..Mia..mia.

@Ceritalawakje.blogspot.com 

Teka-Teki Lawak

1) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

2) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

3) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar “bulb” mentol

4) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

:

:

:

:

:

Jawapannya:-
1) Bas sekolah lah, the only bas pegi sekolah

2) Lampu stadium kalau ada ‘game’ dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada ‘game’ dia padam

3) Semut yang matanya BENGKAK

4) Kambing binATANG

@Ceritalawakje.blogspot.com 

30 May 2011

Calon Angkasawan Malaysia


MOSTI sedang mencari angkasawan untuk dihantar ke marikh. Walaubagaimanapun, mereka hanya boleh pergi sahaja, dan tidak akan pulang ke bumi.

Calon pertama, seorang engineer di tanya berapa banyak wang yg dia mahu."Sejuta" jawapnye "Saya nak sumbangkan utk anak-anak yatim."

Calon seterusnya adalah seorg doktor. Dia juga di tanya soalan yg serupa. Dia menjawap, dua juta ringgit. "Sejuta saya nak bagi kat family saya. Yg sejuta lagi saya nak derma utk buat research dan experiment."

Calon terakhir adalah seorg peguam. Bile ditanya berapa banyak yg dia mahukan, dia berbisik ke telinga panel temuduga, "3 juta ringgit."

"Kenapa lagi banyak dari yg lagi dua calon?" penemuduga bertanya.

Peguam itu menjawap, "Kamu bagi saya 3 juta. Saya bagi kamu sejuta, Sejuta saya amik. Kemudian yg sejuta lagi tu, kita guna utk hantar engineer tu ke marikh"


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Ahli Silap Mata dan Burung


Seorang ahli silap mata mempertunjukkan kebolehannya di sebuah kapal mewah di lautan Caribbean. Penontonnya selalu berganti setiap minggu tetapi dia tetap mengulang-ulangi trik yang sama.

Masalahnya adalah, Seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata milik kapten kapal selalu melihat pertunjukannya setiap minggu dan telah tahu penipuan yang dilakukan oleh ahli silap mata .

Suatu malam ketika ahli silap mata membuat pertunjukan, si burung kakak tua berteriak di tengah-tengah pentas.


“Lihat.. !! Itu bukan topi yg sama !!”
“Dia menyembunyikan bunga-bunga itu di bawah meja !!”
“Hey… semua daun terupnya,daun A !! “


Ahli silap mata amat bengang tapi tidak dapat berbuat apa-apa.

Suatu hari kapal tersebut mengalami kecelakaan dan tenggelam. Si ahli silap mata terapung2 di tengah lautan di atas sebuah papan bersama si burung kakak tua. Mereka saling pandang memandang dgn penuh kebencian tapi tidak mengucapkan satu patah kata pun. Ini berlangsung berhari-hari.
Si ahli silap mata pun hairan kenapa si burung kakak tua tak mahu terbang menyelamatkan diri. Setelah satu minggu, tiba-tiba si burung kakak tua berkata “OK… saya menyerah!! Di mana kamu sembunyikan kapalnya ??”...


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Bagaimana Hendak Mengenali Pak Pandir


* dia call seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu.

* dia fax surat dengan stem diatasnya.

* cuba melemaskan ikan dengan merendamnya didalam air.

* cuba tanya harga barang di kedai dua ringgit.

* study hard untuk ujian darah.

* tertinggal bas no 20, kemudian mengambil bas no 10 dua kali.

* fikir kumpulan peterpan boleh terbang diangkasa.

* vote untuk Mawi setiap kali astro ulang tayang konsert akademi fantasia.

* Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam.

* mengira bilangan penumpang bas sebelum naik.

* dia sedang baca kisah ini....hehee..


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Isi Borang Untuk Kerja Kosong


Oleh kerana dah boring isi borang kerja kosong tapi asyik tak dapat, Upin menggunakan teknik baru supaya company yang dia apply kerja tu beri perhatian kepada permohonannya.
Name : Upin
Age : Still young
Sex: 
Never. Still under age
Religion: 
I only have experience praying my cat which dead 2 years before
Race: 
I love to race. How u know?
Nationality : I don’t like National. I prefer Sanyo
IC No.: 
6735
Tel No.: My house no telephone
HP No.: 
Nokia 3310
Address: Jelutong, Penang
City
: Nurhaliza?
Postcode: I never post anything
Country: I love travel to London
Status: 
Secret
EmailAddress : Hotmail
Education Background : My teacher said, not bad
Working Experience : 
Last time I got sell pirate VCD
Father’s Name : 
Daddy
Father’s IC No. : U ask him
Mother’s Name : Mummy
Mother’s IC No. : U ask her
Expected Salary : As much as u can pay
When can start work? : Depends on my mood
Highest Qualification : Very high
Grade : Also very high
College/University : College
Signature : Can I use chop??




@Ceritalawakje.blogspot.com 

Penjimatan Kos


Seorang Boss membuat mesyuarat tergempar dengan pekerja-pekerjanya:

Boss : Oleh kerana masalah kegawatan ekonomi, saya memanggil anda semua untuk membincangkan bagaimana untuk mengurangkan kos syarikat ini. Ada sebarang idea ..?

Bakar : (sambil angkat tangan dengan pantas) Potong gaji boss..!

@Ceritalawakje.blogspot.com 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...