30 April 2012

Monyet Terbuang


Di suatu kaunter pandu bayar... sebuah kereta didapati masuk untuk membuat pembayaran bil..

Setelah selesai urusan pembayaran.. cashier itu terpandang ke belakang kereta dan ternampak seekor monyet sedang duduk disitu...

Melihat cashier itu kehairanan... pemandu itu berkata.. "Saya bertemu dengannya di tepi jalan. kerana kesihan saya mengambilnya... err.. cik ada idea apa yang perlu saya buat?"

Cashier itu berkata sambil tersenyum... "Ya! saya rasa baik encik membawanya ke Zoo"

Pemandu itu tersenyum dan berkata.."Betul juga.. Mengapa saya tidak terfikir sejauh itu?"

Beberapa bulan selepas itu...di tempat yang sama cashier itu bertemu lagi dengan pemandu itu. Alangkah terkejutnya dia kerana mendapati monyet itu masih berada di belakang kereta itu...

"Saya ingat encik sudah membawanya ke Zoo" katanya.

Pemandu itu terus menjawab... "Ya.. Saya telah membawanya ke Zoo dan setelah kami puas berjalan-jalan.. saya merancang ingin bawanya ke pantai pula".

27 April 2012

Pak Pandir dan Preve SILVER


Al-kisah pada suatu hari, Pak Pandir keluar ke bandar bersama Mak
Andeh untuk membeli sebuah kereta. Anaknya tidak dibawa kerana
bimbang penjual kereta tidak mahu menjualkan kereta kepadanya kerana
dia sudah mempunyai anak.

"Isteriku Andeh, rasa-rasa orang tu mahu tak jual kereta pada
kita?" kata Pak Pandir.

"Kenapa abang tanya macam tu?" balas Mak Andeh.

"Yelah, manalah tahu, dia ingat saya tak mampu nak bayar sebab saya
kena bagi awak dan anak kita makan...takut tak cukup duit..." jawab
Pak Pandir.

Maka mereka pun tiba di tempat penjualan kereta...

"Saya mahu beli yang ini" kata Pak Pandir sambil menuding jari ke
arah kereta Proton Preve berwarna silver.

Setelah membayar wang pendahuluan, Pak Pandir memandu kereta itu
pulang. Dalam hati Pak Pandir sudah berkira-kira untuk menunjuk-
nunjuk kereta itu di hadapan Pak Kadok. Tapi, tak sampai satu jam,
Pak Pandir datang semula ke kedai kereta tadi dengan muka merah
padam.

"Apa ni Encik, jual kereta dah rosak!" si penjual kereta berasa
sangat hairan.

"Cuba Encik tengok lampu tepi ni, asal saya nak belok, tak pernah
elok, asyik berkelip-kelip je!"




p/s: Promote Proton Preve he..he...

23 April 2012

Kebetulan




Guru : "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu
berlaku secara kebetulan?"

Sin Chan : "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,
pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."


@Ceritalawakje.blogspot.com 

20 April 2012

Saudagar Keldai




Seorang saudagar keldai dari tanah Arab yg ingin menjual keldainya di pasar. Dalam perjalanan menuju ke destinasinya utk menjual keldai2nya dia mengira keldai2. Sambil menunggang salah seekor keldai dia mengira,1,2, 3… 9

"Huh, xboleh jadi ni, kurang sekor," dia berkata.

Lalu dia turun dari keldai yg ditunggangya utk mengira semula bilangan keldai2nya

"1,2,3,4,5,6, 7,8,9,10. .huh cukup pun," katanya.

Dia kembali menunggang keldainya utk meneruskan perjalanan ke pasar. Semasa meneruskan perjalanan itu dia mengira kembali keldai2nya. Dia berasa hairan kerana keldainya kurang seekor. Dia pun turun, dan mengira kembali keldai2nya. Dia berasa lebih hairan kerana keldainya cukup.

Lalu dia mengambil keputusan, "Lebih baik aku berjalan kaki, kalau aku x menunggang keldai nescaya aku untung seekor".

Paling Tua




Di sebuah sekolah  Tadika  di pinggir kota.


Cikgu : Amri, awak ada berapa beradik?
Amri  : Tiga, cikgu
Cikgu : Awak yg paling tua?
Amri  : Tak. Atuk saya….




@Ceritalawakje.blogspot.com 

Cumbu-cumbu



Milah, yang telah lama tinggal di kota pulang ke kampung dan bertemu pujaan hatinya, Mamat yang bekerja sebagai petani.

Suatu senja, ketika sedang berjalan-jalan dan menikmati pemandangan desa, mereka melihat 2 ekor kerbau saling menggesek-gesekkan hidung dan…..

Kerana lama memendam rindu, Mamat berkata dengan nada memancing, "Rasanya saya juga teringin melakukan cumbuan seperti itu," sambil memandang Minah dengan mesra.

"Silakan,” balas Milah ” kan kerbau-kerbau tu milikmu."


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Perompak Bas Kilang

gambar hiasan...

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kain yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..

Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la… Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..

Sorang perompak berkata..

"Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!"

Sorang pekerja kilang tu membalas..

" ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit pun sikit je.."

Perompak berfikir seketika..

"Ha..gini la..sebab korang takder brang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa.."

Pekerja kilang yang muda berkata..

"Alalaa…takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker.."

Tetiba..makcik tu berdiri..

"Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la.."


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Lupa Letak



Ahmad pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak
pernah bersekolah.

Amad: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!

Ayah: Kamu buat silap apa, Amad?

Amad: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.

Ayah: Apa yang cikgu tanya?

Amad: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.

Ayah: Itupun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!


@Ceritalawakje.blogspot.com 

19 April 2012

Jiran Miskin



Dengan tergopoh-gopoh Mia yang masih kecil itu masuk ke rumah. “Ayah….Ibu …!!” teriaknya. “Jiran kita itu pasti orang miskin …..”

Si Ayah dan si Ibu sangat terkejut mendengar katanya itu kerana sesungguhnya daerah tempat tinggal mereka adalah daerah orang yang berada-berada.

“Mengapa kamu mengatakan begitu, sayang?”

“Sebab, mereka sudah kecoh hanya kerana anaknya menelan duit syiling lima puluh sen.”


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Cemburu Buta



Seorang isteri menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak berkredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di site.

Selepes si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap “Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi”.


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Berat Ibu


Seorang perempuan masuk ke dalam sebuah Klinik sambil mendukung seorang bayi… Tiba-tiba perempuan itu ternampak sebuah alat penimbang berat untuk orang dewasa. Ia menghampiri alat penimbang tersebut, tapi kemudian nampak kebingungan.

Seorang petugas klinik itu melihatnya… menghampiri dan bertanya kenapa ia nampak kebingungan.

“Sebenarnya saya ingin menimbang bayi ini, tapi alat ini seperti bukan untuk bayi” kata perempuan tersebut.

“Memang ini penimbang untuk orang dewasa. Tapi masih boleh digunakan untuk menimbang bayi. Caranya bayi dan IBUnya naik ke atas alat timbangan ini… lalu dicatatkan berapa angkanya…


Setelah itu IBU pula naik seorang diri di atas alat timbangan ini dan dicatatkan angkanya.


Saya boleh bantu mendukung bayi ini. Lalu… angka pertama ditolakkan dengan angka kedua…


itulah berat bayi” kata petugas Klinik tersebut…

“Tapi rasanya masih tidak boleh” kata si perempuan.

“Kenapa? tanya petugas kehairanan…

“Kerana saya bukanlah IBUnya.. …




@Ceritalawakje.blogspot.com 

Lari Dari Hospital



Seorang pesakit melarikan diri dari bilik pembedahan sesaat sebelum ia menjalani pembedahan. “Ada apa Pak Cik?,” tanya pengawal hospital.

Lelaki itu menjelaskan, “Saya baru mendengar jururawat kata ‘bertenang, ini pembedahan yang mudah, semuanya akan selesai dengan baik”.

“Dia cuma mahu menenangkan Pak Cik, bertenang sahaja, jangan takut ….,” kata si pengawal.

“Dia tidak berkata pada saya, dia berkata kepada doktornya!”




@Ceritalawakje.blogspot.com 

Orang Melayu

Cerita Lawak Orang Melayu


Seorang penumpang berada di atas kapal terbang yang sedang terbang melintasi Lautan Hindi. Di sebelahnya sedang mengelamun seorang lelaki separuh umur. Penumpang ini pun bertanya kepada lelaki di sebelahnya itu, “Encik orang Melayu ke?”. Lelaki itu menoleh kemudian berkata dengan yakin “Bukan!”. Penumpang tadi berasa kurang puas hati. Dia bertanya sekali lagi, “Awak ni bukan orang Melayu ke?”. Lelaki tadi memandangnya dengan renungan yang tajam, “Saya kata bukan, bukanlah”.

Selang beberapa minit kemudian, penumpang itu bertanya lagi, “Encik pasti bahawa encik bukan orang Melayu?”. Lelaki itu tidak menjawab. Tetapi dia akhirnya menganggukkan kepalanya. Selepas itu dia mengeleng-mengelengkan kepalanya. Dalam hatinya berkata “Tak faham Melayu ke dia ni. Nampak macam orang Melayu”.

Selang beberapa minit kemudian, penumpang itu bertanya lagi “Encik, adakah encik orang Melayu?”. Lelaki itu akhirnya menjawab dengan rasa bosan tetapi yakin, “Ya!, saya orang Melayu”. Selesai dia menjawab, penumpang tadi ketawa berdekah-dekah. “Kah! Kah! Kah!”. Lelaki itu kemudian bertanya “Kenapa awak ketawa?”. Jawab penumpang itu sambil terus ketawa besar “Kah! Kah! Tapi rupa awak tak nampak macam rupa orang Melayu”. “Kah! Kah! Kah!” dia terusan ketawa.


@Ceritalawakje.blogspot.com 

18 April 2012

3 Sahabat Malang

Rumah Flat


3 orang kawan, Raja,Raju,Rajo…
tinggal di sebuah flet 60 tingkat..pada suatu hari,
lif rosak… maka kena la pakai tangga..
Raja mencadangkan mereka bertiga menceritakan kisah yang sedih..
untuk menghilangkan penat..

Raja Start dulu..
“ketika aku didalam kandungan lagi.. bapa ku telah pergi meniggalkan ku..
buat selame lamenye..”
sedar2 mereka dah berade di tingkat 30..

Raju lak sambung..
“mak aku mati ketika melahirkan aku.. aku berase bersalah..”
mereke skrang berada di tingkat 50..

Rajo lak sambung..
“Tu tak bape sedih.. yang paling sedihnye.. cerite aku ni…
sebenarnye……
kunci rumah…
tertinggal kat dalam kerete..”
mereke skrang berade di tingkat 60…
Tanpe berfikir panjang..
Raja dan Raju terus mencampak Rajo ke luar flet...


@Ceritalawakje.blogspot.com 

Cerita Lawak Email dan Komputer

ceritalawakje.blogspot.com 
Lawak Email dan Komputer 

Gambar hiasan..

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di MSC Cyberjaya. Pegawai di situ telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai.. Lalu dia mengatakan “Anda diterima bekerja, berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan.” Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email.. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja.

Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki RM10. lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur. Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja. Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya.. Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di sekitar Kuala Lumpur.

Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya… Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya…. Setelah bersetuju… Penjual insuran berkata.. “Minta email Puan…” “Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email” jawab wanita itu.

Penjual Insuran terkejut dan berkata “Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email.” Wanita itu menjawab: “Jadi tukang Sapu di MSC Cyberjaya”



@Ceritalawakje.blogspot.com 





Search: cerita humor, cerita lucu, cerita lucu pendek, cerita lawak, cerita lawak jenaka, cerita kelakar, cerita lawak pendek, cerita lawak bodoh, cerita lawak giler, cerita lawak spontan, cerita lawak giler, cerita lawak pecah perut, cerita lawak kampus, funny story, funny jokes, just for laughts, himpunan cerita lawak, senarai cerita lawak, cerita lawak pendek, lawak jenaka, lawak jenaka lucu, lawak indonesia, lawak malaysia, lawak lucu, kisah lawak jenaka, cerita lawak ceritalawakje.blogspot.com , kisah lucu, kisah lawak, funny, jokes, funny jokes, laugh, lol, koleksi cerita lawak

Cerita Lawak Sakai Kuala Lumpur

ceritalawakje.blogspot.com 
Lawak Sakai Kuala Lumpur

Gambar hiasan..

Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall…

Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung… Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia….

” Pak, itu amenda pak?”

Bapak menjawab,” Entah lah nak….bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh….”

Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut…..lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup…..tidak lama kemudian lif terbuka…TINGGGG!!!!!

keluarlah seorang amoi yang punyalah cun macam ANGELINA JOLIE…

lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah…

“NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,

KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH….CEPAT

@Ceritalawakje.blogspot.com 






Search: cerita humor, cerita lucu, cerita lucu pendek, cerita lawak, cerita lawak jenaka, cerita kelakar, cerita lawak pendek, cerita lawak bodoh, cerita lawak giler, cerita lawak spontan, cerita lawak giler, cerita lawak pecah perut, cerita lawak kampus, funny story, funny jokes, just for laughts, himpunan cerita lawak, senarai cerita lawak, cerita lawak pendek, lawak jenaka, lawak jenaka lucu, lawak indonesia, lawak malaysia, lawak lucu, kisah lawak jenaka, cerita lawak ceritalawakje.blogspot.com , kisah lucu, kisah lawak, funny, jokes, funny jokes, laugh, lol, koleksi cerita lawak

2 Minggu Sahaja

Belajar Dua Kali Lebih Cepat


Gambar hiasan..

Meng Keong baru tiba dari Selatan China. Dia bercadang untuk belajar bahasa tempatan dengan segera supaya mudah baginya untuk berkomunikasi dengan rakyat tempatan.

Dia ke sebuah kedai buku dan menemui sebuah buku bertajuk 'Belajar Bahasa Melayu dalam masa sebulan sahaja'. Dia lantas mengambil dua buah buku itu. Taukeh kedai itu bertanya kepadanya “Satu lagi buku ini, untuk kawan awakkah?”

“Ohh tidak, Saya cuma mahu mempelajarinya dalam masa dua minggu sahaja”.



@Ceritalawakje.blogspot.com 

Kuda Makan Rumput


Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.

Cikgu : “Lukisan apa yang kau buat nie Shin Chan, kosong je?”

Murid : “Kuda makan rumput, cikgu!”

Cikgu : “Rumputnya mana?”

Murid : “Sudah habis dimakan kuda, cikgu,”

Cikgu : “Habis tu, kudanya mana?”

Murid : “Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?”


@Ceritalawakje.blogspot.com 

17 April 2012

Akhirnya Bercakap Juga


Gambar hiasan...



Enam tahun yang lalu, seorang lelaki membeli seekor anak kucing dan cuba untuk mengajar

anak kucing tersebut bercakap…

Dari hari ke hari dia mengajar.. tapi kucingnya itu hanya memandang tanpa berkata apa walau sepatah

haram pun…

Setelah enam tahun berlalu.. terjadilah keajaiban.. kucing tersebut mula berkata2..

“Hey, AWASSSS … rantai besi itu akan jatuh ke kepalamu.”

Mendengar kucingnya mula bercakap, lelaki tersebut terkejut dan kaku disitu dan tiba-tiba rantai

besi itu benar2 jatuh di atas kepalanya…

Kucingnya menggelengkan kepala dan berkata..

“Selama enam tahun engkau berusaha mengajar aku bercakap.. tapi setelah aku bercakap…

engkau tidak mahu mendengarpun cakapku…




Ceritalawakje.blogspot.com

Menginap Di Hotel Mewah


Rozana datang ke sebuah kota besar Dubai untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang Rozana akan menginap.

Rozana mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Rozana melihat ke sekeliling dan marah-marah kepada pelayan tersebut.

“Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!”

“Nyonya, ini adalah lif” jawab pelayan tu.

@Ceritalawakje.blogspot.com 

Minta Tolong


Gambar hiasan..

Seorang gadis sedang sibuk menulis di atas meja di dalam pejabat pos. Tiba-tiba dia didatangi oleh seorang lelaki separuh umur.

“Maafkan saya,”kata lelaki itu. “Saya nak minta tolong sedikit ni….boleh tak saudari menulis dan menghantar poskad ini bagi pihak saya?” Gadis tersebut bersetuju dan meminta barang-barang tersebut. Dia juga tidak kisah untuk menandatanganinya selepas menulisnya nanti.

“O.k! Siap,” kata gadis tersebut tersenyum sambil menghulurkan poskad yang telah ditulis dan ditandatanganinya. Gadis itu pun meminta diri. Tak sampai beberapa langkah berjalan, gadis itu berhenti kerana dipanggil oleh lelaki tadi. Sambil senyum gadis itu bersuara, “Er…ada apa-apa lagi yang boleh saya lakukan untuk encik?”

“Ya,” jawab lelaki tersebut. “Di bahagian bawah poskad ini tolong tuliskan : P/s - Maafkan saya kerana tulisan ini tidak cantik.”



@Ceritalawakje.blogspot.com 

Teh Panas dan Teh Sejuk


Di suatu pagi yang menyinar..di warung kopi, terdapat seorang penduduk org asli yg ingin minum pagi di warung tersebut. Apabila tuan warung ingin mengambil order..bertanyalah org asli ini.. "berapa harga teh panas dan berapa pula harga teh sejuk”…jawab tuan warung.. "teh panas RM0.70 ,teh sejuk RM 1.20…”..maka org asli tersebut meminta teh panas..
apabila teh panas telah sampai..cepat2 org asli tersebut meminumnya sampai habis…., pelik tuan warung melihatnya….lalu beliau bertanya.. "kenapa kamu minum terlalu cepat..tak rase panas ke..??”
jawab si org asli tersebut.. "emm..mestilah kene minum cepat teh panas ni, kalau minum lambat nanti jadi teh sejuk, kene plak bayar RM1.20..saya ada RM 0.70 je..”..tuan warung pun tersengih…

@Ceritalawakje.blogspot.com 

Menjerit Bersama


Lima orang budak sedang bermain ditepi sungai.. tiba-tiba salah seorang dari mereka terjatuh kedalam sungai sedangkan mereka semua tidak pandai berenang.. Lalu salah seorang dari budak-budak itu menjerit..
“Tolong, Tolong”
Disebabkan jeritan itu sangat perlahan dan tidak didengari oleh orang lain.. lalu salah seorang budak lain berkata..
“Mungkin lebih baik kalau kita semua menjerit Bersama”
“Ya.. Idea yang sangat bagus” jawab rakannya yang lain.. dan mereka semua mula menjerit
“Bersama ! Bersama!”




@Ceritalawakje.blogspot.com 

15 April 2012

Kemalangan Malang

       
Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar tiang lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga.. masih sihat tanpa sedikit lukapun
Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu… lalu dia memutuskan untuk menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian tersebut..
Polis : “Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?”
Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.
Polis : “Oh…kereta terbalik beberapa kali… jadi apa yang dilakukan oleh lelaki tua itu?”
Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..
Polis : “Oh…lelaki itu sedang mabuk masa memandu. Dan bagaimana pulak wanita tua itu? Anak-anak juga buat apa?”
Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang sedang bertengkar.
“Oh…okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak-anaknya bertengkar dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?”
Dan… si monyet kemudian menirukan gaya memandu…

@Ceritalawakje.blogspot.com 

09 April 2012

Panadol



Bidin melihat rakannya, Wafi.. sedang membuat kopi… kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafi…


Bidin : "Kenapa masukkan panadol dalam kopi tu?”.
Wafi : "Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia…”.


@Ceritalawakje.blogspot.com 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...